Sejarah Hitam Croatia Dalam Perang Bosnia

 MENGENANG SEJARAH HITAM CROATIA TERHADAP ISLAM


 Piala dunia edisi ke 21 di Russia 2018 kali ini sudah hampir sampai ke penghujungya. Dalam kemeriahan yang kurang menyengat,ditambah pula kekalahan demi kekalahan pasukan-pasukan ternama dunia yang dianggap jaguh dalam arena ini. German,Argentina,Brazil,Sepanyol dan juga England. Namun,kata orang 'bola itu bulat',apa juga boleh berlaku ketika 'atas padang'. Bagi penganalisis pula, edisi kali ini menampakan kemeriahan berbeza berbanding edisi yang lalu. Antara faktor yang mereka nyatakan adalah kesan Geopolitik semasa yang sedang melanda dunia. Contohnya,dari segi penajaan dan promosi. Ramai mungkin tahu bola sepak adalah sukan utama yang mendapat penajaan dan promosi tertinggi didunia. Misalnya,purata aliran kewangan melibatkan Liga Perdana Enggris lebih melebihi aliran kewangan sesetengah negara didunia,contohnya Croatia. Pada edisi kali ini yang dianjurkan Russia promosi dan penajaan yang kurang hangat mungkin disebabkan rasa kurang senang dengan situasi Geopolitik Russia itu sendiri. Malah syarikat-syarikat terkenal didunia,seperti IKEA contohnya menyatakan kurang berminat dengan promosi kali ini kerana pentadbiran Kremlin itu sendiri. Seperti yang kita tahu,Russia merupakan negara bekas Soviet Union yang paling berpengaruh. Kita juga tahu, bahawa, negara Eropah hari ini sedang dilanda sintom 'beruang merah' yang telah menganggu gugat keamanan dan kestabilan eropah ketika ini.

Persoalannya,apa yang dilakukan Russia? Pertama, Russia adalah negara yang dipimpin oleh Vladimir Putin yang juga bekas ketua Agensi Risikan Soviet Union atau KGB. Putin terkenal sebagai seorang ahli politik yang pintar dan 'buas' dalam meraih kuasa. Tindakan Russia menyerang Ukraine dan merampas Pulau Crimea dengan bersahaja telah mengejutkan Eropah dan dunia. Selain itu,Putin juga menggunakan media sebagai alat untuk melemahkan negara-negara Eropah. Contohnya, Rt tv dulunya dikenali sebagai Russia Today merupakan antara agensi media paling berpengaruh didunia, dan ejen-ejen Propaganda di media. Merekalah yang berfungsi untuk mewujudkan sikap anti pendatang,anti islam dan menyokong gerakan sayap kanan di negara-negara eropah. Bukan tujuan saya untuk memburukkan Russia,atau menyatakan media media barat lebih baik,tetapi majoriti dikalangan umat Islam di seluruh dunia tidak langsung menyedari hal ini. Ramai menyatakan kononnya Russia adalah sekutu umat Islam. Salah. Russia hari ini dibawah pentadbiran Putin, bukanlah sama seperti zaman Soviet Union. Jika anda membaca, anda akan mengetahui bahawa soviet union cuba menyebarkan fahaman Komunis-Sosialis mereka dengan cara ketenteraan, Russia pula cuba menyebarkan pengaruh anti demokrasi mereka dengan menggunakan demokrasi itu sendiri. Hal yang sama pernah di gunakan  Hitler dan Syiah di Iran. Mereka menyatakan sokongan terbuka kepada umat islam,tetapi menggunakan media media dan agensi mereka untuk memburuk burukan umat islam di barat. Apa kaitannya? Sebenarnya, Kerana fungsi media merekalah kita dapat melihat kebangkitan anti Islam, anti pendatang islam, dan anti dengan apa sahaja yang berbaur islam,sehingga serban dan tudung dianggap  sebagai pakaian pengganas di Eropah,malah dunia kini. Lihat sahaja bagaimana sokongan padu media-media Russia terhadap Presiden Donald Trump yang sangat anti islam. Umat islam terus terpedaya dan tertipu berkali kali terutamanya kurang mahir dalam geopolitik dunia dan kurang membaca.

Dunia juga tahu, bahawa Russia adalah penyokong utama Rejim Bashar Al Assad di Syria. Dengan alasan kejatuhan Muamar Gadafi dan Saddam Hussein, Russia kononnya tidak mahu seorang lagi 'sahabat' di jatuhkam Nato dan negara itu bakal huru hara. Benar,hal itu akan kita kupas dalam jurnal yang lain. Tetapi dunia dapat melihat satu rejim yang paling kejam dan jahat telah dibantu oleh Russia. Angka korban perang Syria hampir mencecah 500 ribu nyawa,ramai yang menjadi pelarian,yang tinggal pula terpaksa tunduk dibawah kekuasaan kuku besi rejim Syiah Bashar Al Assad. Kita mungkin sudah lali dengan kejahatan Israel terhadap umat islam, tetapi dapatkah anda bayangkan bagaimana dalam masa hanya 8 tahun,demi kuasa,seorang penguasa syiah yang memgaku Islam sanggup membunuh kanak kanak,wanita,mengebom sekolah,hospital,masjid,malah hampir apa sahaja yang boleh dijadikan tempat bergantung umat islam syria atau ahlul sunnah khususnya. Angka 500 ribu yang terkorban mungkin menjadikan Zionis Israel turun 'carta' ketempat kedua. Sedar atau tidak, Israel yang Zionis telah membunuh umat islam hampir 80 tahun,tetapi jauh sekali untuk menghampiri angka sebanyak itu. Rejim Bashar yang mengaku Syiah telah melakukanya dalam hanya 8 tahun,maka 'mahkota Syaitan' layak dipakaikan kepada mereka.Agak menghairankan bagaimana sesetengah umat islam menyatakan sokongan kepada Bashar hanya kerana terpengaruh dengan media media mereka dan media media Syiah. Hanya mereka  yang buta tidak dapat melihat hal ini. Saya ingin menulis lebih lanjut mengenai Iran,Syiah,Hizzbullah,Israel Turkey, tetapi journal ini akan menjadi terlalu panjang dan membosankan.


Kembali kepada bola sepak,jadi apa kaitanya segala karut marut politik ini dengan Piala Dunia dan Croatia? Sebenarnya Croatia hanya 'tembak angin'  journal ini. Seperti negara negara lain di Rantau Balkan, fungsi media media Russia sangatlah berjaya. Tidak hairan jika kita melihat saban hari kebencian kepada umat Islam semakin berkembang. Hari ini, jika ada sebarang masalah,samaada Ekonomi,politik,sosial mahupun jenayah,maka umat islam dan pendatang islam lah yang akan dijadikan 'kambing hitam'. Banyak pusat pusat islam yang diarah tutup malah kita sering mendengar serangan terhadap umat islam dijalanan. Umat Islam dianggap sebagai 'pariah' dan sentiasa di ragui. Masjid juga dibakar dan dirosakan dengan bersahaja. Saya senaraikan negara negara rantau Balkan disini supaya anda boleh mengkaji dengan lebih baik, Negara sokongan anda iaitu Croatia sudah semestinya,selain itu Hungary, Greece,Bosnia,Serbia,Albania,Bulgaria,Kosovo,Romania,Slovenia dan Macedonia.   Jadi kenapa Croatia? Kerana sejarah berdarah mereka dan belitan politik mereka yang hebat.

Sejarah bangsa Croatia yang anda sokong dalam Piala Dunia memiliki rekod penyembelihan umat Islam yang dashyat. Croatia merupakan negara bekas kesatuan Yugoslavia bersama sama Bosnia,Serbia,Slovenia,serta Montenegro yang sekarang menyertai Serbia. Perang Bosnia yang umat Islam kebanyakannya tahu adalah diantara Serbia dan Bosnia. Salah. Kerana,Perang Bosnia melibatkan Bosnia, Croatia,Serbia,dan Albania, samaada secara langsung atau sokongan. Semasa perang 3 tahun berdarah ini musuh dan sekutu bertukar ganti. Pada awal perang ini, Croatia telah sepakat untuk berjuang bersama umat islam Bosnia yang ketika itu menghadapi serangan Serbia. Panjang sejarahnya, namun ketika umat Islam Bosnia telah berjaya menguasai semula hampir 2/3 kawasan mereka, Croatia lah yang telah mengkhinati janji dan menyerang kawasan umat Islam Bosnia dari belakang. Mereka telah berjaya menguasai kawasan persisir pantai Bosnia dan melakukan penyembelihan beramai ramai keatas umat islam di sana. Contohnya, penyembelihan di Sungai Neretva,yang mana di laporkan 98 orang termasuk 27 kanak kanak di jumpai dalam satu kubur besar dalam keadaan dada terburai dan kemaluan hancur. Dan, Kerana pengkhianatan mereka lah umat islam Bosnia yang pada ketika itu walaupun dapat bertahan,tetapi tidak dapat mara lebih lagi  untuk menawan kembali kawasan mereka yang ditawan Serbia kerana berhadapan dengan dua musuh dari arah berbeza. Penyembelihan dan pengusiran mereka lakukan secara besar besaran terhadap umat islam Bosnia hanya dapat dihentikan dengan campur tangan Amerika Syarikat. Ya, Amerika Syarikat lah yang telah mengetuai Nato ketika itu berusaha menghentikan mereka. Selepas itu umat islam Bosnia berjaya mara sedikit demi sedikit menawan kembali kawasan mereka. Dan ketika hampir tewas di semua kawasan,Croats yang hampir tewas dibumi Bosnia telah meminta persepakatan baru dan perjanjian damai yang kononnya terpaksa dilakukan atas desakan Nato dan Amerika Syarikat. Ini hanya sedikit nukilan sejarah yang mungkin akan terjadi lagi suatu masa nanti. Dan seperti yang saya nyatakan Croatia hanyalah 'tembak angin' untuk journal ini. Kerana kejahatan Croatia ketika itu lah menyebabkan Umat islam Bosnia telah menjadi yang paling ramai disembelih dalam Perang Bosnia,hampir 60 ribu nyawa,berbanding Croats hanya 9 ribu nyawa malah Croats juga berjaya menguasai 1/3 bumi Bosnia sehingga hari ini. Umat islam Bosnia juga menjadi yang paling banyak kehilangan kawasan disamping menjadi mangsa perang yang paling lemah kerana telah kehilangan harta benda,rumah,tanah,dan kaum keluarga yang ramai. Croats pula dianggap sebagai pemenang sebenar dalam Perang Bosnia,bukan Serbia yang mendapat angka korban hampir 40 ribu walaupun berjaya menawan banyak kawasan.

Jadi,ini hanyalah nukilan sejarah berdarah umat Islam di rantau Balkan. Dan, sebenarnya tiada kena mengena dengan Pasukan Bola Sepak Croatia yang sekarang berada diambang kejuaraan Piala Dunia. Dan barisan pemain mereka juga tiada yang pernah terlibat dalam Perang Berdarah itu. Ini hanya nukilan sejarah mengenangkan keterlibatan Croatia dalam Perang Bosnia hampir 30 tahun lalu dan akan terus menjadi nokhta hitam dalam sejarah umat Islam. Lagi pula, tiada salahnya membaca dan mencari ilmu. GOOD LUCK.. LUKA MODRIC...


Mahathir Al Jabeer

Comments

Popular posts from this blog