Laporan Dari Iraq: Iraq menjadi negara teokratik Dan Lubang Najis Selepas perang Mosul, skala sebenar kemusnahan besar-besaran di bandar kedua di Iraq itu semakin jelas, terdapat tanda-tanda yang semakin jelas bahawa negara itu sedang semakin dekat ke arah pemerintahan teokratik sektarian dan berada dibawah pengaruh Iran. Bukan sahaja Iran menguasai entiti paling kuat di Iraq(Syiah), ia juga menjadi penerima beberapa kontrak pertahanan yang lumayan dari Iraq. Berikutan kemenangan yang telah diisytiharkan ke atas kumpulan Negara Islam di Mosul oleh Perdana Menteri Haider al-Abadi, ahli politik Syiah dan kumpulan militan Syiah telah menunjukkan bahawa mereka kembali kepada cara 'tradisi' mereka, Dengan melakukan pembersihan mazhab, rasuah, penyeludupan dan pembunuhan yang semakin meningkat, terdapat kebimbangan serius bahawa proksi Iran akan sanggup menghancurkan Iraq demi mendapatkan keuntungan peribadi. Militan Islam Berketurunan Shia Militan Shia Islam dengan tin...